5 Sebab Kelajuan Loading Website Anda Menjadi Perlahan

5 Sebab Kelajuan Loading Website Anda Menjadi Perlahan

5 Sebab Kelajuan Loading Website Anda Menjadi Perlahan

 

Kelajuan Loading Website

 

Sudah ramai yang memiliki website sendiri tetapi tanpa sedar kebanyakannya mempunyai kelajuan loading website yang perlahan tanpa mereka sedari. Ada yang menyerahkan seratus peratus kepada pereka web dalam urusan pembinaan website tanpa ada sedikit asas mengenai website.

 

Zaman sekarang kebanyakan pengguna internet melayari website dengan menggunakan telefon pintar. Jadi secara tak langsung kelajuan website memainkan peranan sama ada mereka akan terus kekal ataupun meninggalkan website anda. Malah google sendiri sudah menjadikan kelajuan website sebagai salah satu faktor ranking page di laman google.

 

Jadi jom saya bawa anda untuk mengetahui kenapa ramai pemilik website yang baharu tidak menyedari kenapa kelajuan website mereka perlahan dan bakal kehilangan prospek yang berkualiti.

1. Tak tahu nak semak masa loading website & prestasi website – Ramai yang masih tak tahu nak semak prestasi website dan masa loading website sendiri. Jika anda juga masih tidak pasti, anda boleh membuat semakan di sini:

 

 

2.  Tersilap memilih hostingSaya sendiri pernah mengalami perkara ini seaktu pertama kali membina web. Pilihlah hosting yang mempunyai pakej dan juga kualiti yang bagus. Baca dan buat kajian terlebih dahulu dari pengalaman mereka yang pernah menggunakan hosting tersebut. Hosting yang berkualiti bakal membantu mempercepatkan loading website anda dan juga memperbaiki prestasi web anda.

 

Dua penyedia hosting tempatan yang saya syorkan ialah netkl & BSE network.

Untuk mendapatkan diskaun RM 10 bagi pendaftaran hosting di bse network buat kali pertama, KLIK LINK INI

 

3. Tidak memasang plugin security Walaupun kedengaran remeh, tetapi ianya merupakan salah satu faktor yang akan memperlahankan kelajuan loading web anda jika web anda terdedah kepada serangan.  Terdapat pelbagai plugin security yang anda boleh dapatkan di pasaran sama ada percuma mahupun berbayar. Plugin yang biasa saya gunakan ialah sucuri plugin.

BACA: Kajian kesPrestasi web & kelajuan loading web.

4. Tidak membuat ‘image compression’ – Gambar merupakan salah satu penyumbang besar kepada kelajuan loading website anda menjadi perlahan. Untuk blog & web ecommerce memang penggunaan gambar yang bersaiz besar tidak dapat dielakkan. Bagi pemilik baharu web dan blog, saya mencadangkan agar anda dapat menyediakan gambar kepada saiz yang diperlukan dan compress gambar tersebut sebelum anda muat naik ke web dan blog anda.

Bagi pemilik web blog dan web yang sudah lama, proses ini akan mengambil masa yang lama jika ianya tidak pernah dilakukan sejak awal pembinaan blog & web. Anda boleh menggunakan perisan atau plugin percuma seperti tinypng, optimizilla, befunky dan juga WP smush it.

 

5. Pemilihan theme & plugin yang sudah tidak up to datePerlu rajin membuat semakan sebelum menggunakan sesuatu plugin dan juga themes. Penggunaan themes dan plugin yang sudah tiada updates mungkin menyebakan ianya sudah tidak serasi ‘compatible’ dengan versi wordpress anda yang terbaru dan banyak konflik yang berlaku yang mungkin menyumbangkan kepada masaloading website yang perlahan.

 

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart