5 tips mudah memilih hosting untuk web dan blog anda

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa tips mudah memilih hosting bagi web dan blog anda. Saya rasa nak kongsikan artikel ini atas sebab masih lagi dapat beberapa pertanyaan daripada rakan-rakan untuk mendaftar domain dan hosting. Jadi alang-alang tu saya tulis sahajalah artikel ringkas ini.

Tambahan pula, bolehlah artikel ini dijadikan rujukan tidak rasmi rakan-rakan yang baru kali pertama nak mendapatkan hosting sendiri. Sekurang-kurangnya tidaklah keliru dan bolehlah mudahkan sedikit urusan Dalam artikel ini saya fokus cerita tentang shared hosting sahaja ya. Ambil kira semua yang membaca ini pun entry level seperti saya. 

5 tips mudah memilih hosting untuk web dan blog anda

  1. Pastikan anda semak pakej harga + pakej hosting yang ditawarkan – Jangan hanya seronok tengok harga. Harga yang murah kebiasaannya banyak fungsi yang tiada dan juga ruangan storan yang kecil. Pastikan anda kaji dan bandingkan dahulu harga sesuatu pakej hosting dan juga apa yang anda akan dapat. Bergantung kepada strategi penyedia hosting. Ada yang menawarkan pakej sekali dengan domain percuma tetapi ruangan storan dan juga bandwitdh terhad, Begitu juga dengan jumlah add on domain, mysql, sub domain dan lain.

Sebagai contoh, di atas ni saya kongsikan pakej hosting poling basic dari netkl.  Kalau untuk kali pertama untuk minisite pakej yang RM 60 pun dah cukup. Tetapi untuk blog sekurang-kurangnya perlukan pakej yang RM 100 kerana perlu lebih ruangan storan. 

Ada penyedia hosting yang lain menawarkan pakej yang lain. Jadi kena bijaklah untuk memilih. Macam kes sahabat saya dulu, pilih hosting RM 30 ringgit, tetapi storage terlalu kecil, nak install wordpress pun tak lepas. In the first place saya pun pelik kenapa tuan punya hosting tu menawarkan pakej tersebut. Apa kes?

2. Semak berapa GB RAM server hosting tersebut – part ni untuk memastikan nanti web dan blog yang dihostingkan tidaklah sama laju dengan siput untuk load (perlahan). Kebanyakan penyedia hosting di Malaysia ni kebanyakannya adalah reseller., jadi ada banyak yang tak beritahu berapa RAM server mereka. Sekurang-kurangnya paling best dapat server hosting yang menggunakan 2GB RAM ke atas. Tapi 1 GB seperti kebanyakan server provider pun dan ok dah. 

Biasanya anda boleh tanya sahajalah pada penyedia hosting.

3. Support atau bantuan yang bagus – dalam banyak-banyak perkara saya yakin ini merupakan antara faktor paling penting dalam membuat keputusan untuk memilih hosting dari penyedia mana untuk digunakan. Saya tak adalah banyak sangat guna dan cuba hosting untuk web dan blog. Tapi dah pernah merasa dan mencuba guna yang luar negara dan dalam negara. Go daddy, bluehost, hostgator, netklbsenetwork dan lain-lain. Tapi somehow saya lagi suka dengan penyedia hosting tempatan. Support biasanya lebih pantas, mesra alam dan memang lebih baik daripada yang dijangkakan.

Bukanlah penyedia hosting yang lain tu tak bagus, tetapi contoh seperti go daddy, setiap kali perlu support kena call, masukkan pin, panjang cerita. Yang bluehost pula kena layan chat, lepas tu tiba-tiba disconnect, kena start balik. Penat.

(saya suka ambil hosting dengan kawan-kawan-support kita hello jer diorang, lepas tu sambil-sambil tu dapat juga faedah support bisnes diorang)

4. Check reputasi dan sejarah serta review penyedia hosting tersebut – ini perkara penting. Review pelanggan sedia ada ataupun bekas pelanggan akan dapat bantu kita buat pilihan. Mana nak cari? Tanyalah google dan kawan-kawan yang pernah guna satu-satu penyedia hosting. Macam satu ketika dahulu, saya minat nak ambil satu pakej hosting ni, tapi terbantut sebab tengok banyak review dan cerita keluar hosting ni dia suka maki orang dan marah-marah bila orang tanya/minta support. Mungkin dia rasa benda tu dah ada dalam knowledgebase dan buang masa dia je nak melayan.

Siasat punya siasat, dia sorang yang handle semua, dia owner, banyak bisnes lain, jadi memang tak menang tangan. Paling saya boring, dah bayar kena sms detail pembayaran kita dekat dia. Slow melow la proses~. Korang tak payah tanya la hosting mana. Tak adanya nak membawang kat sini.

Tapi baca review pun kena hati-hati juga. Kalau ada seorang je yang review teruk, lagi seribu kata okay, mungkinlah yang seorang tu masalah dia. Baca kena tapis sekali okay.

5. Cari hosting yang mudah anda nak daftar dan buat pembayaran – okay yang ni bunyi dia kelakar sikit, tapi saya cakap serius ni. Carilah hosting yang memudahkan korang mendaftar dan buat pembayaran. Paling penting pengaktifan segera. Kamon bebeh, nak jual hosting tapi semua kena manual? Lepas tu berkurun lama nak tunggu info cpanel dan pengaktifan hosting? Kalau jumpa penyedia hosting macam tu, bye bye jela cepat-cepat dan carilah pengganti yang lebih bai

Hosting sekali bayar

Masih lagi dalam bab hosting. Tambahan sikit daripada tips mudah memilih hosting untuk web dan blog anda sebelum ini.

Untuk pakej yang ada unlimited add on domain, jangan salah faham, Anda boleh tambah seberapa banyak domain yang anda inginkan dalam pakej hosting tersebut tetapi masih perlu mendaftar dan membayar untuk domain tersebut.

Okay nak cerita sikit tentang hosting sekali bayar. Kebiasaannya hosting perlu dibayar setiap tahun. Tetapi ada juga pada masa tertentu, penyedia hosting tertentu menawarkan pakej hosting sekali bayar.

Sampai sekarang saya sendiri sebenarnya masih ragu-ragu dan takut bila dengar hosting sekali bayar, lifetime dan juga unmetered storage dan badwidth. 

Untuk lifetime/sekali bayar ni, senang cakap kena fahamkan macam ni, Lifetime sekali bayar ni adalah sehingga sesebuah penyedia/syarikat tu masih lagi menguruskan dan menawarkan hosting tersebut atau selagi mana mereka masih beroperasi. Lifetime di sini bukanlah maksud selam-lamanya atau sepanjang umur kita, Tidak ya.

Kebiasaannya dalam konteks internet/onlin ni, tempoh ‘lifetime’ ni adalah sekitar 3-5 tahun. Ada juga yang lebih, ada yang kurang. Tapi kalau ada peluang hosting sekali bayar, unmetered, unlimited, lifetime, memang saya sendiri pun akan ambil.

Walaupun mungkin akan bertahan 3-5 tahun tetapi memang berbaloi.

Mana nak cari?

Sebelum ni saya dapatlah peluang untuk melanggan satu hosting unlimited daripada pihak bsenetwork (sekarang dah tak ada dah pakej tu) So far Alhamdulillah prestasi dan support memang memuaskan. 

Terbaru ni, sahabat saya dari revolusi hosting pula menawarkan pakej hosting sekali bayar unmetered (melelh air liur). Biasanya beliau caj sebanyak RM 399 untuk pakej hosting tersebut. Tetapi sempena bulan kemerdekaan ini, pihak revolusi hosting akan menagadakan firesale dan korang boleh dapatkan pakej hosting ni pada harga RM 100 sahaja, sekali bayar.

So sebelum tu saya sendiri pun skeptikal dengan tawaran tu. Jadi sebelum mencadangkan kepada korang, saya pun dah dapatkan dahulu pakej tersebut. Cuma saya dapatkan pada harga biasalah bukan harga firesale tu (clarify siap-siap). Bukan apa, saya nak pastikan hosting tersebut berbaloi digunakan sebelum saya cerita dan sebarkan kepada korang semua.

Ok ke hosting sekali bayar tu?

Saya hanya buat satu kajian kes/ eksperimen ringkas sahaja menggunakan website dummy ecommerce.

Website dummy ni saya bina menggunakan theme ocean wp dan juga pagebuilder elementor. Ada pelbagai plugin yang saya instal termasuk wp rocket, wp smush, hummingbird, woocommerce dan lain-lain.

So selepas siap website dummy tersebut, saya pun cuba test load speed website dummy menggunakan 4 web ini:

  • google page insight
  • test my site (google mobile test speed)
  • GT metrix
  • Pingdom tools
Hasilnya adalah seperti berikut (hasil tanpa buat sebarang optimisasi, setting di plugin yang membantu menambahkan kelajuan loading web. Hanya setup asas di plugin wp rocket sahaja)

 

So far puas hatilah, cuma loading time di mobile (test my site google) tu 5 saat tu boleh dikurangkan lagi kalau buat lagi optimisasi rasanya. 

Tak berapa puas hati lagi , saya pun check pula TTFB untuk website dummy ni.

Not badlah. Sebab saya semak, margin yang paling bagus ialah ttfb kurang 200ms. Tapi dapat purata  lebih 200 dan kurang 400 ms. Hosting saya sebelum ni semuanya dalam lingkungan ttfb 400 – 800 ms.

Jadi memang pihak revolusi hosting ni bukan sekadar cakap kosonglah yang hosting yang mereka tawarkan ni laju. Dengan optimisasi dan setup yang betul memang boleh berdesup perginya web dan blog korang loading nanti.

Kat mana boleh beli?

Boleh beli melalui link ini. Harga biasa ialah RM 399, jadi dengan ambil peluang sekarang anda boleh jimatsebanyak RM 299. Kalau ada modal lebih boleh ambil 4 akaun dan nanti boleh simpan untuk kegunaan akan datang. Tak semestinya guna sekarang.

Kalau takut terlepas, bolehlah book dahulu sebab saya sendiri tak pasti berapa slot yang akan dibuka dengan harga RM 100.

Book sahaja dengan komen ‘Saya book dulu’ di ruangan komen di bawah, Nanti bila dah open harga firesale, saya akan maklumkan dan bantu anda untuk daftarkan pakej hosting sekali bayar ni

Dah baca tu tolonglah share sama pada kawan-kawan yang lain ya 🙂

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Artikel ini mengandungi link affiliate. Jika korang klik dan buat pembelian daripada mana-mana link tersebut, saya mungkin akan dapat komisen daripada pihak tertentu, Komisen ini dijadikan funding untuk saya terus membuat eksperimen dan berkongsi dengan korang. Perkara ini dijelaskan supaya korang tak rasa tertipu dan dipergunakan.

Enche' Ahmad

Enche' Ahmad

Self claim blogger, web developer & designer dan internet marketer separuh masa. Ayah kepada 4 orang anak dan suami kepada seorang isteri yang dikasihi dan dicintai. Suka menulis berkaitan internet marketing, affiliate, pemasaran dan perkara berkaitan wordpress self hosting. Sedang berusaha menjadi insan yang lebih baik dan dalam proses membetulkan diri dan kehidupan dan menyiapkan diri untuk kematian

×

Cart