3 platform untuk anda mulakan kedai online ecommerce anda.

kedai online ecommerce

Tahun 2018 ini sudah mula nampak ramai peniaga ingin membina kedai online ecommerce sendiri. Penerimaan daan kesedian pelanggan untuk membeli melalui web ecomerce kini turut memainkan faktor utama lebih ramai peniaga online khususnya untuk mempunyai kedai online ecommerce sendiri.

 

Antara kelebihan mempunyai kedai online ecommerce sendiri ialah peniaga tidak terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh penyedia media sosial seperti facebook & instagram. Satu lagi kebakannya ialah tidak perlu risau tentang algoritma media sosial yang sering berubah dan mungkin memberi impak besar kepada perniagaan anda di media sosial. Walaupun begitu media sosial masih relevan untuk menarik prospek yang berkualiti untuk melawat dan membuat pembelian di kedai online ecomerce anda.

 

Terdapat beberapa cara untuk anda mula membina dan menghasilkan kedai online pertama anda. Cara yang paling mudah ialah dengan mengupah webmaster untuk menghasilkan web ecommerce untuk anda. Namun jika anda masih di peringkat start up dan masih kurang modal mungkin ianya kurang sesuai unruk anda. Walaupun ramai pembuat web menawarkan upah yang murah, namun jika ingin mengupah mereka pastikanlah anda membuat sedikit semakan dan proses ‘due dilligence’ terlebih dahulu.

 

Berdasarkan pengalaman kos untuk mengupah web master membuat web design ecommerce adalah bermula dari RM 3000 ke atas. Memang ada yang menawarkan kos yang lebih murah seperti RM 500 namun dinasihatkan untuk anda membuat ‘due dilligence’ terhadap penyedia servis tersebut kerana dikhuatiri hasil kerja dan urusan dengan phak tersebut akan lebih rumit dan kemungkinan besar anda terpaksa membayar lebih bagi mendapatkan kedai ecommerce yang anda inginkan. Hati-hati dengan tawaran yang ”too good to be true”. pastikan anda faham dan ketahui apa yang terkandung dan tidak terkandung dalam pakej yang ditawarkan.

 

Alternatifnya anda boleh mula membina  kedai online ecommerce anda sendiri bermula dengan modal Rm 100 ke bawah.

Cara 1: Dapatkan video 1 Usahawan Ecommerce.

Harga: RM10.90 sahaja…

Apa yang anda akan dapat:

15 Video Tutorial Bangunkan eCommerce

Geng Shopievo FB Support Group

3 Bulan Free Trial (Premium Plan EasyStore)

1 Video Rakaman Private FB Live Aqif Azizan

1 Video Strategi Spy Produk Hot

Software Spy Produk Hot

kedai online ecommerce

Harga Sebenar pakej Easy store:

 

Cara 2: Daftar Pakej Ordersini.com.

 

Harga: Bermula RM 10 setiap bulan berganrtung kepada pakej yang anda ambil. Mampu uruskan sistem affiliate & kini ditambah dengan fungsi emel autoresponder. Lebih menarik ianya mampu untuk menyokong jualan produk fizikal dengan variasi. Ordersini boleh jadi kedai online ecommerce anda sendiri,

 

Cara 3: Bina web ecommerce sendiri menggunakan wordpress (self hosting) + woocommerce.

 

Harga: Bergantung kepada penyedia hosting dan domain yang anda gunakan. Ianya boleh bermula pada harga serendah RM 100.

Caranya: Daftar domain & hosting terlebih dahulu. Antara penyedia hosting yang saya syorkan ialah netkl & bse network.

Anda boleh lihat tutorial untuk daftar domain & hosting untuk netkl & bse network melalui video yang dikongsikan di bawah.

i) Daftar domain & hosting di netkl.

 

ii) Daftar domain & hosting di bse network.

* Untuk mendapatkan diskaun RM 10 bagi pendaftaran hosting di bse network buat kali pertama, KLIK LINK INI.

 

Seterusnya anda boleh install plugin woocommerce & setup kedai online ecommerce anda sendiri. Anda boleh menonton video di bawah sebagai langkah asas untuk membina kedai online ecommerce anda sendiri.

 

 

Cara 4: Jual Produk anda (dropship atau produk sendiri) di platform shopee.

 

Platform shopee tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk anda menjual barangan di sana. Jika anda inginkan bantuan untuk mendapatkan ‘supplier’ produk dropship dan tidak tahu bagaimana mahu menjual di platform shopee, saya amat menyarankan anda untuk mendapatkan panduan membuat jualan di shopee ini.

 

Semoga artikel ringkas ini membantu anda menghasilkan kedai online pertama anda,

Semoga ianya bermanfaat.

 

Jangan lupa tolong kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain ya :).

Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang.

Suka menulis.

Spread the love
  • 39
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    39
    Shares

Enche' Ahmad

Suka menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *