4 Tips Membina Blog dan Website

4 Tips Membina Blog dan Website

 

Tahun 2018 ini dijangkakan lebih ramai yang akan membina blog dan website bagi pelbagai jenis kegunaan. Sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun untuk dijadikan medium atau platform untuk menjalankan bisnes atas talian.

Tips membina blog dan website

 

Dengan pertambahan perisian yang lebih mesra pengguna dan mapu milik, lebih ramai pengguna yang berani untuk membina blog dan website sendiri hari ini. Ada juga kumpulan yang lebih suka menyerahkan tugasan tersebut kepada pereka web profesional ataupun mendapatkan khidmat ‘freelancer’.

 

Tidak kira anda dari kumpulan yang mana, selagi anda bercadang untuk mebina atau memiliki blog dan website sendiri, anda perlu mengambil berat mengenai beberapa perkara ini sebelum anda bermula.

 

4 Tips Membina Blog dan Website

 

  1. Ketahui objektif pembinaan website atau blog anda – Pastikan anda tahu tujuan anda ingin membina blog & website anda. dari situ barulah anda boleh menghasilkan jenis website yang tepat untuk tujuan tersebut. Contoh:
  • Fokus menjual satu produk – minisite (website satu page)
  • Fokus menjual pelbagai produk dan variasi – web e-dagang (ecommerce)
  • Berkongsi idea,jurnal atau pengalaman – blog
  • Penjenamaan syarikat – web korporat

Tips Membina Blog dan Website

 

2. Memilih domain yang sesuai dengan jenis & objektif website – Banyak pemilik website dan blog yang tidak ambil peduli mengenai pemilihan domain. Sebaik-baiknya gunalah domain yang mencerminkan perniagaan (bagi peniaga) atau niche web tersebut dengan jelas. Jika kurang pasti, gunakan sahaja nama universal seperti nama anda ataupun nama perniagaan anda. Anda juga disarankan untuk meilih domain extension yang biasa digunakan seperti .com, .com.my dan .my.

Tips Membina Blog dan Website

 

3. Pemilihan pakej hosting yang berkualiti – Pemilihan pakej hosting yang berkualiti penting bagi memastikan website anda boleh diakses setiap masa oleh pelawat. Antara perkara yang perlu anda tahu ialah pakej hosting yang ditawarkan, khidmat bantuan dan  sokongan (kepantasan dan kecekapan membantu anda mengendalikan masalah), kelajuan dan prestasi hosting tersebut. Antara penyedia hosting tempatan yang saya syorkan ialah  netkl dan bse network.

* Untuk mendapatkan diskaun RM 10 bagi pendaftaran hosting di bse network buat kali pertama, KLIK LINK INI.

 

4. Sediakan kandungan seperti gambar, surat jualan , artikel terlebih dahulu sebelum bermula   – Ianya akan melancarkan pembinaan web anda dan dapat menjimatkan masa sewaktu proses pembinaan nanti. Jika anda bercadang untuk mengupah pihak lain, ianya juga akan dapat membantu mempercepatkan proses pembinaan web. Untuk gambar pastikan anda sudah melakukan editan seperti ‘compress dan optimize’ serta menyediakan gambar mengikut saiz yang diperlukan.

 

Memiliki website tidak menjanjikan trafik dan juga jualan. Anda perlu melakukan promosi setiap masa kepada sasaran pelanggan dan juga prospek anda.

 

Semoga artikel 4 tips membina blog dan website ini bermanfaat buat anda. Bantu saya untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain ya. Jumpa lagi dalam artikel yang berikutnya.

Suka menulis.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Enche' Ahmad

Suka menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *