Daftar Domain & Hosting di BSE network hosting

Daftar Domain & Hosting di BSE network hosting

Masih ramai lagi yang tidak tahu untuk mendaftar domain & hosting untuk blog dan web sendiri. Untuk itu saya telah menyiapkan satu tutorial ringkas untuk mendaftar domain & hosting di BSE network.

Langkah pertama: Pergi ke laman web: https://bsenetwork.com

BSE network hosting

 

Langkah kedua: Klik butang order now. Taip domain yang anda inginkan untuk web & blog anda. Tandakan ruangan di no 1 atau 2 (yang mana yang berkenaan) jika anda sudah mempunyai domain. Jika anda baru mahu mendaftar domain & hosting di bse network hosting terus tekan butang check tanpa perlu klik mana-mana ruangan (selain isikan nama domain yan diingini).

 

bse network hosting

 

Langkah ketiga: Sekiranya domain tidak ada, ulangi semula langkah kedua sehingga domain yang anda taip tersedia. Sekiranya domain yang anda inginkan tersedia, klik add pada domain extension (.com, .net (.com merupakan pilihan majoriti) ) dan klik butang continue.

 

BSE network hosting

bse network hosting

 

Langkah keempat: Pilih mana-mana add on dari BSE network hosting (jika perlu sahaja). Jika tidak perlu add on, teruskan klik butang continue.

 

BSE network hosting

 

Langkah kelima: Pastikan anda tandakan kedua-dua kotak untuk domain add on (percuma sahaja). Kemudian klik butang continue.

 

BSE network hosting

Tebus diskaun RM 10 di BSE network Hosting

 

Langkah keenam:  Semak semula domain pilihan anda. pastikan tiada kesalahaan ejaan. Masukkan kupon PWJ untuk mendapatkan diskaun khas RM 10 bagi pendaftaran hosting kali pertama di BSE network hosting. Setelah selesai klik butang validate. Seterusnya klik butang checkout.

 

 

Langkah ketujuh: Lengkapkan maklumat anda seperti nama, no telefon, alamat & emel. Pilih sama ada ingin membuat bayaran melalui paypal atau bank in. Setelah selesai klik butang complete order.

*Untuk pengaktifan serta merta, anda boleh memilih untuk membayar dengan menggunakan paypal. Tetapi ada caj transaksi paypal yang akan dikenakan kepada anda.

BSE network hosting

 

Langkah kelapan: Semak emel yang anda gunakan di langkah ketujuh sebelum ini. (pastikan emel tersebut adalah emel yang sah).  Anda akan menerima 2 emel dari pihak BSE netowrk. Pastikan anda buka emel yang bertajuk maklumat akaun. DI dalam emel tersebut terdapat maklumat log masuk ke akaun hosting anda, dari situ anda boleh setup akaun cpanel & instal blog/web anda.

 

BSE network hosting

 

Setakat ini sahaja artikel ini. Diskaun untuk pakej hosting BSE network hanya untuk pelanggan kali pertama sahaja ya. Silakan kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain supaya mereka juga boleh mendapat manfaat. Jumpa lagi.

Suka menulis.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Enche' Ahmad

Suka menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *