Daftar Emel Domain Sendiri Dengan Gmail – boleh ke tak?

Daftar Emel Domain Sendiri Dengan Gmail – boleh ke tak?

Dalam tutorial ringkas ini saya akan kongsikan cara untuk daftar emel domain sendiri dengan Gmail. Saya nak buat juga tutorial daftar emel domain sendiri dengan Gmail ini walaupun ‘tobat lahom’ saya yakin ramai dah tahu,

Pertama sekali bila kita ada emel menggunakan domain sendiri, barulah nampak pro sikit. Eceh. Tak pro pun tak apa, biar orang tengok kita macam pro. Secara tak langsung, (tak pastilah berapa peratus, saya tak sempat pula nak buat kajian terperinci) ianya menaikkan keyakinan dan kepercayaan bakal pelanggan dan pelanggan terhadap kita.

Ala, anda sendiri pun ‘confirm’ rasa lebih selesa berurusan dengan syarikat atau penjual yang menggunakan emel profesional sales@sejahteraglobal.com berbanding emellahaku@gmail.com atau emellahaku@yahoo.com

Tapi saya cakap macam tu, saya sendiri pun lagi senang dan selesa menggunakan emel Gmail. Sebab ringkas, mudah, laju dan banyak mengandungi ‘features’ yang saya perlukan. Ceh, cakap tak serupa bikin juga 🙂 Nak guna emel domain sendiri ni, nak kena akses cpanellah, login lagi, interface pun ‘lame’ sungguh.

Tapi, tapi lagi, saya dah rajin guna emel domain sendiri bila saya tahu macam mana nak integrate dengan gmail, Puas hati senang kerja. Mula-mula tu pecah kepala la juga nak buat. Sekali, tak adalah susah mana bila dah tahu jalannya.

So tak mahu melalut panjang, jom saya kongsikan tutorial nak daftar emel domain sendiri dengan Gmail. Siap tutorial step by step bergambar lagi okay.

Tutorial daftar emel domain sendiri dengan Gmail

‘First of all’ korang kena ada akaun gmail dahulu. Tak kisahlah pakai nama apa pun. Kalau tak ada tolong register dahulu. 

Keduanya korang perlulah ada domain & hosting . Lepas tu silalah bina akaun emel dengan domain korang tu ya.

Kalau tak tahu, jomlah saya tunjukkan dulu.

Langkah 1 – akses cpanel. Skrol pilihan ’email’. Klik email accounts. Pilih domain, masukkan nama emel yang korang nak dan password, 

Untuk mailbox quota tu, kalau hosting korang unlimited, bolehlah tick yang unlimited. Kalau tak, dinasihatkan pakai sahaja yang 250 mb tu.

Klik butang create account.

Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 2 – dah selesai langkah 1 tadi, korang klik pada tab email ccounts (rujuk gambar langkah 1) 

Klik connect devices dan klik set up mail client.

Paparan yang keluar tu, korang biar dulu. Akan berguna bila sampai waktunya nanti

Emel domain sendiri dengan gmail
Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 3 – Pergi ke email gmail korang. Klik ikon berbentuk gear dan klik pada tab settings.

Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 4 – Klik tab accounts and import. Kemudian klik add another email address di bahagian send email as:.

Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 5 – Masukkan maklumat yang diperlukan dan kemudian klik butang next step. Window ni akan keluar dalam window browser korang yang baru okay.

Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 6 – Korang kena masukkan maklumat yang diminta. Maklumat ni korang boleh dapatkan di cpanel. Dalam langkah 2 tadi dah beritahu macam mana nak dapatkan.

SMTP server tu biasanya macam mail.namadomainkorang.domainextensionkorang

Tengok di outgoing server tu.

Emel domain sendiri dengan gmail
Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 7 – Lepas tu akan ada keluar paparan macam gambar di bawah ni.

Korang kena akses ke webmail (emel domain korang tadi)

Kalau tak tahu nak akses, rujuk je turutan gambar di bawah.

Buka emel, salin dan paste kod nombor dan kemudian klik butang verify.

Klik link yang diberikan dalam emel.

Emel domain sendiri dengan gmail
Emel domain sendiri dengan gmail
Emel domain sendiri dengan gmail
Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 8 – cuba semak sama ada emel domain korang tu dah ada atau tidak dalam gmail

Emel domain sendiri dengan gmail
Emel domain sendiri dengan gmail

Langkah 9 – Dah selesai cuba korang test hantar emel guna emel korang tu. Berkesan ke tak? Kalau tak cuba rujuk balik semua langkah dalam tutorial daftar emel domain sendiri dengan Gmail.

Emel domain sendiri dengan gmail
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on tumblr
Tumblr
Share on pinterest
Pinterest

Korang tak ada masa atau tak reti nak daftar domain sendiri dengan gmail? Apa kata ‘sub’ sahaja kerja remeh dan tak ‘glamour’ ini pada saya. Contact saya terus di sini.

Korang minat nak ikuti tutorial yang lain tak? Cuba bagi cadangan sikit dekat saya topik apa yang korang nak saya buat?

Korang nak belajar wordpress secara praktikal selama 2 hari berturut-turut? Sesi bulan Julai 2018 kini dah dibuka

Wordpress Startup Workshop

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart