Group Online Belajar Bina Web – Back To Basic

group online belajar bina web dan blog

Belajar Bina web & blog sendiri
Hanya dari rumah !

Kami bantu mudahkan urusan anda untuk belajar bina web & blog sendiri. Dari rumah je boh. Tak perlu datang kelas lagi. Ikut masa anda dan kelajuan anda sendiri.

Kami faham, bukan semua orang boleh belajar bina website dalam masa satu hari sahaja.

Kami faham bebenor YOB & YONG. Rata-rata yang join group back to basic ini kebanyakannya sudah ada asas bina website dan blog & pernah menghadiri bengkel membina web dan blog sebelum ini. TETAPi, TETAPi, TETAPI……...

  • Dah lupa step yang ditunjukkan sewaktu kelas
  • Jangkamasa yang lama selepas kelas dan sebelum start buat web dan blog sendiri, bila nak mula balik dah sangkut, tak pasti nak buat apa.
  • Hanya tahu follow modul & silibus yang ditunjukkan di dalam kelas. Balik kelas semua web dan blog lebih kurang je rupa dia, lepas tu tak pasti dan tahu nak customize ikut keperluan dan kemahuan diri.
  • Bantuan dan support terhad untuk tempoh tertentu. Bila ada masalah dah susah nak cari penyelesaian. Lagi- lagi bila ada urgent issue, boleh menangis kat bucu katil seorang dirilah jawabnya
  • Pergi kelas, tapi risau nak tanya banyak sebab takut mengganggu kelancaran kelas walhai memang anda banyak soalan nak ditanya

Tak payah sedih-sedih lagi, sebab tu kami nak bantu dengan tubuhkan group online belajar bina web dan blog back to basic ni

Saya memang seorang yang suka bereksperimentasi dengan web & blog wordpress ni dan memang minat sangat berkongsi/mengajar apa yang saya pelajari ni. Malah dulu awal-awal saya belajar bina web & blog pun memang terkial-kial dengan nak adjust masa pergi kelas dengan kerja lagi dan macam-macam lagi. Sebab tu saya buat group ni supaya masalah-masalah berikut yang asyik menghantui anda boleh diatasi:

  • Susah nak cari masa untuk pergi kelas. Tak ada orang nak jaga anak waktu pergi kelas
  • Tak ada langsung asas bina web & blog. WordPress pun baru pertama kali dengar
  • Nak belajar dari awal, step by step hatta dari nak daftar domain & hosting sampailah siap sebuah web & blog yang berfungsi
  • Nak support yang berterusan, supaya bila anda buntu, ada orang yang boleh bantu

Tetapi, tetapi, tetapi.......kenapa saya nak kena ada web & blog ni ya? Kenapa nak kena belajar bina sendiri?

Ya Allah, Abang dan kakak dah baca sampai sini baru nak tanya? Tak apa, don’t worry, be happy, jom saya terangkan sedikit dengan lebih lanjut.

Sekarang kan dah tahun 2018. Masa sekarang semua orang dah tekankan tentang integrated marketing. Maaflah ye abang dan kakak. Tapi takkan sampai bila kita nak merayu dengan orang apabila akaun media social kena flagged sebab ada orang report kita asyik spam wall dengan post iklan. Tak pun kene flagged sebab violate peraturan tertentu sewaktu beriklan.

Adatlahkan menumpang di rumah orang. Kena ikut peraturan yang ditetapkan. Tetapi bila anda ada web atau blog sendiri: 

  • Inilah kedai online abang dan kakak di alam maya ni
  • Dengan penggunaan kata kunci yang betul, web & blog abang dan kakak boleh tersenarai di laman pertama enjin carian. Free je boleh duduk di 1st page bila orang buat carian. Tapi kena make sure guna kata kunci yang tepat & setup SEO yang betul
  • Abang dan kakak boleh pilih nak bawa trafik datang ke web & blog ikut apa sahaja cara yang betul. FB, insta, email, whatsapp, telegram, twitter….semua boleh. LEpas tu retarget dan buat iklan pada yang pernah datang ke web abang dan kakak. Hari-hari diorang terpaksa tengok offer abang dan kakak.
  •  Paling best, nampak lebih prolah. Brand abang dan kakak pun jadi lebih power dan prospek pun lebih senang nak percaya.
  • Tak payah dah pening-pening nak susun atur resit, copy paste maklumat pembayaran, check sebutir-sebutir pemblian customer. Semua boleh set secara automatik dengan kos yang tak berapa nak besar. InsyaAllah masih mampu milik oleh kebanyakan orang
 

Yang penting jangan salah faham pula bila dah ada web dan blog ni sales terus masuk mencurah-curah

Itu pemahaman yang salah sama sekali.Selepas abang dan kakak join group back to basic ni kami tak janji sales abang dan kakak terus mencurah-curah. kami cuba nak bantu abang dan kakak hasilkan dan siapakan web dan blog perniagaan abang dan kakak supaya boleh mudahkan urusan perniagaan di online.

Di group back to basic ni abang  dan kakak akan dapat belajar:

  • Asas bina web & blog A-Z dari awal hingga web & blog berfungsi
  • Setup semua perkara penting untuk web & blog abang dan kakak
  • Kami tak janji lepas join group ni abang dan kakak boleh terus jadi proffesional web builder & designer ya.

Matlamat kami nak bantu abang dan kakak buat web dan blog sendiri melalui sumber yang ada di depan mata. Kebanyakannya percumalah. Kalau perlu bayar pun pada harga mampu milik oleh kebanyakan orang. Kami faham, proses awal nak startup ni banyak nak pakai modal. Bila dah boleh jimat buat web & blog sendiri, bolehlah guna modal tu untuk tampung kos pemasaran, kos yang lagi penting kan?

Tapi walaupun kebanyakan sumber yang digunakan adalah percuma , tak adalah hasilnya cikai tai tai tai. Masih indah dipandang mata dan paling penting, berfungsi dan menepati okjektif web & blog itu dibina…

Di bawah adalah contoh web & blog yang dihasilkan menggunakan CMS wordpress

Panjangnya cerita, awak ni siapa?

Enche' Ahmad

Sorrylah, terlebih excited, lupa pula nak intro diri sendiri tadi.

Saya Ahmad Shahrin a.k.a enche’ Ahmad. Saya merupakan seorang internet marketer (IM)  tempatan separuh masa. Saya fokus dalam penghasilan produk digital berkaitan pembinaan minisite, blog & web berlandaskan content management system (CMS) wordpress. 

Saya mula belajar membina laman web berdasarkan CMS wordpress ini pada 2014. Mulai 2016 saya mula berkongsi sedikit kemahiran dan pengalaman dalam membina dan menghasilkan minisite, blog dan web dengan orang ramai.

Saya bukanlah sifu atau pakar dalam pembinaan web dan penghasilan web ini, malah nak buat coding pun saya tak reti. Saya berkongsi disebabkan minat saya dalam ‘exploring’ dan bereksperimentasi dengan wordpress.

Paling penting saya nak sebarkan manfaat dan bantu mudahkan urusan bisnes online anda terutamanya yang buat secara separuh masa seperti saya. Dengan adanya web sendiri urusan tempahan dan jualan di online lebih sistematik malah boleh dilakukan secara automasi atau separuh automasi. Ini penting supaya tak menggangu fokus dan masa anda dengan kerja yang ada sekarang.

Dah sedia nak bina web dan blog sendiri?

Memperkenalkan,

Group Online Belajar Bina Web – Back To Basic

Apa yang bakal dikongsikan di dalam Group Online Belajar Bina Web - Back To Basic ini?

Domain & Hosting

Asas pemilihan domain & hosting serta langkah demi langkah pendaftaran domain & hosting di beberapa penyedia hosting terpilih.

WordPress

Asas wordpress dari awal. Kami tunjukkan pelbagai jenis web yang boleh dibina dengan CMS wordpress seperti minisite, ecommerce, blog, web korporat & laman membership (akan datang).

Pembinaan Cart

Kami tunjukkan langkah demi langkah pembinaan shopping cart. Malah kami juga tunjukkan bagaimana anda boleh gabungkan fungsi cart dengan minisite dan pelbagai jenis web yang lain.

Pemilihan Plugin

Kami tunjukkan settng lengkap pelbagai plugin pilihan secara langkah demi langkah untuk rujukan anda.

group online belajar bina web dan blog

Pemilihan Theme

Kami tunjukkan tutorial lengkap langkah demi langkah beberapa buah theme pilihan untuk pelbagai jenis web yang dibina.

Optimisasi web

Kami kongsikan kajian kes terperinci mengenai teknik ooptimisasi web yang boleh anda lakukan sendiri.

Penghantaran Produk

Kami kongsikan teknik pengurusan tempahan dan penghantaran produk buat produk fizikal dan juga digital. Malah kami jiuga kongsikan cara untuk automasikan pengiraan kos penghantaran berdasarkan berat produk

Payment gateway

Kami juga turut tunjukkan cara integrasi web anda dengan payment gateway terpilih bagi automasikan urusan pembayaran pelanggan anda melalui web.

Senarai ebook & video panduan yang bakal anda terima

003-target.png

Minisite - Asas pembinaan minisite, setup minisite, pengurusan tempahan dan jualan di minisite

  • Panduan Minisite Jualan 1.0 - video panduan dan ebook membina minisite asas menggunakan theme percuma
  • Panduan Minisite Jualan 2.0 - video panduan membina minisite lengkap. Integrasi dengan sitem affiliate dan pengurusan tempahan serta payment gateway.
  • Template Minisite V 1.0 - Template minisite ready made dalam format HTML. Video edit dan bina minisite dari scratch menggunakan photoshop + HTML.
003-target.png

Blog - Asas Pembinaan blog, setup blog, setup seo plugin, tips dan asas penulisan artikel di blog, tips jana pendapatan melalui blog

  • Blogprint - Ebook panduan langkah demi langkah membina blog wordpress dan setup blog
  • 10 Tips menjemput trafik- Ebook perkongsian mengenai 10 tips yang mudah dan mampu dilakukan oleh blog baru untuk mendapatkan trafik
  • 3 teknik monetized blog - Ebook perkongsian mengenai kaedah menghasilkan pendapatan melalui blog
003-target.png

Ecommerce - Asas pembinaan web ecommerce, setup shopping cart, setup shipping & order management, integrasi dengan payment gateway

  • Woocomerce kick start - Video panduan pembinaan lengkap langkah demi langkah web ecommerce yang berfungsi
  • Teknik Pantas web - Ebook panduan pembinaan web cara mudah dan pantas
  • Teknik Pantas web commerce - Ebook panduan pembinaan dan setup web ecommerce dengan mudah dan pantas
003-target.png

Web Optimisasi - Asas web optimisasi, semak prestasi web, setup plugin untuk web optimisasi

  • Video Kajian Kes web optimisasi - Video panduan langkah demi langkah untuh memperbaiki prestasi dan masa loading web

Lihat pendapat salah seorang peserta kami

” Support yang maksimum”

Tuan Firdaus Hamzah

Bonus istimewa buat anda

  • Support berterusan melalui FB group, emel dan juga FB messenger - selagi mana soalan dan permasalahan relevan dengan group online back to basic
  • Free updates dari masa ke semasa - video & ebook tambahan percuma untuk anda berkaitan web wordpress
  • Video FB ads start up - video panduan perkongsian untuk setup FB ads step by step (boleh gunakan untuk membawa trafik ke web)

Kami berikan 30 hari jaminan pulangan wang anda!

Tak payah risau dengan pelaburan anda. Kami akan pulangkan semula wang anda tanpo segan silu jika selepas 30 hari dari tarikh pembelian anda masih gagal membina web/blog anda sendiri (dengan syarat, anda dah cuba buat step yang ditunjukkan di dalam kelas wordpress online)

Bagaimana kelas group online web & blog back to basic dijalankan?

Konsepnya ialah pembelajaran secara sendiri dengan bahan yang telah dikongsikan seperti ebook & juga video. Jika terdapat soalan atau stuck di mana-mana boleh diajukan sahaja melalui group ini atau melalui direct PM kepada admin (sayalah tu 🙂 )

Dari masa ke semasa , bahan-bahan video, ebook akan ditambah mengikut kesesuaian/updates.

Apa yang spesial, pembelajaran tidak rigid dan terikat kepada modul yang disediakan sahaja. Kalau soalan anda relevan, ada video/mini ebook yang akan ditambah untuk menerangkan jawapan kepada soalan itu. Malah LIFETIME support dari admin.

Adakah group online back to basic sesuai buat saya?

Sesuai

  • Nak belajar bina web/blog sendiri
  • Mampu keluarkan modal sekitar RM 300 untuk akses kelas + domain & hosting
  • Tak pernah buat web /blog atau dah buat tapi tak mampu nak siapkan
  • Tak boleh datang kelas web secara oflline
  • Nah sistem pengurusan bisnes online yang tersusun dan automatik

Tak sesuai

  • Untuk web designer/developer/owner yang dah tahu buat web/blog
  • Yang nak belajar coding
  • Tak ada computer atau laptop
  • Tak minat bina web/blog sendiri - nak upah orang sahaja

Saya dah sedia nak join Group Online Belajar Bina Web - Back To Basic

group online belajar bina web dan blog

Hanya RM 150 sahaja!

FAQ

Jawapan untuk soalan yang kerap ditanya

KEnapa kena belajar dengan saya, bukan orang lain?

Lain orang, lain caranya. Saya bukan nak mengajar, tetapi sebaliknya nak berkongsi sedikit kemahiran saya dengan anda. Saya juga lebih santai dan tidak ‘rigid;’ berpandukan modul. Dari siapapun anda belajar, matlamatnya untuk menambah kemahiran anda 🙂

Bolehkan saya menggunakan kad debit atau kredit untuk membuat tempahan ?

Boleh. Anda boleh membuat pembayaran melalui button “Dapatkan akses sekarang” yang ada di atas ini. Pembayaran boleh dibuat melalui Online Transfer, ATM Cash Transfer, Debit Kad & Kredit Kad. 

ADAKAH SUPPORT AKAN DIBERIKAN?

Ya. Support berterusan melalui FB gorup, emel & FB messenger

EMMM, BOLEH minta refund ?

Boleh. Kami akan pulangkan semula wang anda tanpo segan silu jika selepas 30 hari dari tarikh pembelian anda masih gagal membina web/blog anda sendiri (dengan syarat, anda dah cuba buat step yang ditunjukkan di dalam kelas wordpress online – wajib tunjuk bukti)

Copyright@2018 | panduanwebjualan.com | 002748663-P

×

Cart