Kajian Kes – Kelajuan Loading & Prestasi Web

Kajian Kes – Kelajuan Loading & Prestasi Web

Kajian Kes – Kelajuan Loading & Prestasi Web

Beberapa hari yang lepas saya berpeluang untuk bereksperimentasi mengenai kelajuan loading & prestasi web. Kajian kes ini fokus untuk mencari faktor yang memperlahankan masa loading dan juga prestasi web serta perkara mudah yang boleh dilakukan bagi memperbaiki masalah tersebut.

Oh ya, jika anda sudah berpengalaman dalam pembinaan web & blog, artikel ini mungkin kurang sesuai untuk anda.

Setelah beberapa faktor yang memberi kesan terhadap prestasi dan kelajuan web ditemui, saya mengambil beberapa langkah mudah dan menggunakan ‘tools’ percuma bagi memperbaiki prestasi dan kelajuan loading web.

Penafian: Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah berdasarkan hasil kajian kes saya. Hasil prestasi dan kelajuan web anda mungkin berbeza walaupun menggunakan ‘tools’ dan setup yang sama seperti yang ditunjukkan di dalam artikel. Saya juga tidak pernah menyatakan mana-mana hosting yang disenaraikan di dalam artikel ini tidak berkualiti. Hosting yang dicadangkan di dalam artikel ini adalah hasil dari pengalaman saya sendiri sepanjang menggunakan hosting mereka.

Kajian ini telah dibahagikan kepada dua bahagian:

  1. Web asas (tiada gambar & content, hanya setup default setelah install wordpress & plugin)
  2. Web ecommerce asas (lengkap dengan gambar produk, sistem cart & content asas & plugin )

4 web pengukur metrik telah digunakan dalam kajian kes ini iaitu:

Setiap keputusan diambil 3 kali bagi memastikan tiada ralat yang besar sewaktu kajian kes.

Kajian Kes – Kelajuan Loading & Prestasi Web – Bahagian pertama

Untuk bahagian pertama saya hanya menguji 2 perkara sahaja iaitu hosting dan juga theme. Walaupun begitu semua plugin yang diperlukan telah dipasang ke wordpress (cuma tidak melakukan setup sahaja). Sebanyak 18 plugin yang telah dipasang ke setiap web tersebut. Kandungan web semuanya sama.

3 hosting telah digunakan iaitu:

2 theme telah digunakan iaitu:

  • Twenty seventeen
  • Virtue

Hasilnya adalah seperti berikut:

Theme Twenty Seventeen

Theme virtue

BACA: 5 Sebab web menjadi perlahan

Kajian Kes – Kelajuan Loading & Prestasi Web – Bahagian kedua

Untuk bahagian kedua ini saya juga menggunakan 2 theme. Cuma kali ini themenya berbeza.

Saya menggunakan themes:

  • Twenty seventeen
  • Astra

Perbandingan kedua themes ini dilakukan untuk melihat hasil selepas ‘content’ dan gambar ditambah ke dalam web.

Hasilnya adalah seperti berikut:

Theme Twenty Seventeen

Theme Astra

Setelah itu kajian kes diteruskan dengan mengkaji kesan 3 perkara berikut ke atas prestasi dan kelajuan loading web:

  • optimisasi gambar
  • memasang, mengaktifkan & setup plugin security
  • caching & minify css

Untuk kajian kes ini, eksperimen diteruskan dengan menggunakan theme astra sahaja di ketiga-tiga web seiras yang menggunakan hosting:

Hasilnya adalah seperti berikut:

Optimisasi gambar

Memasang, mengaktifkan & setup plugin security

Caching & minify css

Tools Yang Digunakan Bagi Kajian Kes – Kelajuan Loading & Prestasi Web

Saya telah menggunakan tools percuma bagi melengkapkan kajian kes ini dan memperbaiki mutu prestasi web dan kelajuan loading website.

Untuk optimisasi gambar saya telah menggunakan 2 tools:

  • WP smush it (plugin) – melakukan optimisasi gambar secara automatikkellajuan loading
  • befunky – online photo editor – melakukan optimisasi gambar secara manual (sekiranya masih ada gambar yang belum teroptimisasi setelah ‘compress’ melalui plugin WP smush it.

 

Untuk caching dan minify css saya telah menggunakan tools berikut:

  • Fast velocity minify (plugin) – untuk minify css
  • WP super cache (plugin) – caching
  • Hummingbird (plugin) – caching, minify css, gzip compression

*Jika anda telah mengaktifkan fungsi cache di wp super cache, anda tidak lagi boleh menggunakan fungsi cache di hummingbird. Sebaiknya hanya gunakan salah satu daripada WP super cache atau hummingbird.

Sebaiknya fast velocity minify digunakan bersama WP super cache dan WP smush it ataupun gabungan WP smush it dan hummingbird.

 

Ringkasan Dari Kajian Kes – Kelajuan Loading & Prestasi Web

  1. Secara keseluruhan, pemilihan hosting adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kelajuan loading dan juga prestasi website anda. Berdasarkan kajian kes, hosting dari netkl dan BSE network memberikan hasil yang lebih memuaskan.
  2. Saiz gambar memainkan peranan yang penting dan merupakan salah satu faktor besar yang boleh memperlahankan proses loading web dan juga mengurangkan prestasi website.
  3. Pemilihan theme turut menjadi faktor yang menentukan prestasi dan masa loading website anda. Yang menariknya prestasi theme default wordpress twenty seventeen agak baik. Malahan theme tersebut turut sesuai untuk dijadikan theme ecommerce dan menyokong fungsi blog.
  4. Penggunaan caching dan minify css terbukti dapat menambah baik kelajuan dan juga prestasi website anda berdasarkan kajian kes ini.
  5. Keseluruhannya melalui kajian kes ini masa loading untuk web yang menggunakan hosting netkl & BSE network adalah 5 saat dan kebawah setelah dioptimisasi (semua metrik). Untuk web yang menggunakan hosting mesrahosting, masa loading adalah 10 saat ke bawah setelah dioptimisasi (semua metrik).

Ralat:

Hasil yang diperolehi mungkin bebeza dari masa ke semasa kerana keadaan talian internet sewaktu kajian kes dilakukan, turut memberi sedikit impak.

BACA: Cara tuntut diskaun RM 10 untuk pengaktifan hosting di BSE network sekarang!

Tips dan cadangan:

  1. Optimisasi web terutamnya gambar perlu dirancang dan dilakukan dari awal, sewal pembinaan web. Jika dah banyak gambar dan kandungan web yang tidak dioptimisasi, makin susah untuk anda memperbaiki kelajuan & prestasi website anda.
  2. Jika ada bajet, langgan sahaja plugin premium seperti WP rockets & WPMU dev serta gunakan theme premium yang pastinya direka khusus untuk kelajuan loading.
  3. Pastikan anda buat back up terlebih dahulu setiap kali ingin mengubah setting untuk memperbaiki kelajuan & prestasi website anda.
  4. Jika web anda berprestasi bagus, ianya meningkatkan peluang untuk prospek anda kekal lebih lama di web anda dan meningkatkan peluang untuk mereka membuat pembelian melalui web anda. Tapi tiada sebarang jaminan sebarang jualan akan terhasil. InsyaAllah prestasi iklan google adwords pun akan jadi lebih baik, apabila masa loading dan prestasi website lebih bagus.

 

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda. Bantu saya untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda ya

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart