5 Sebab Kenapa Upah Bina Website Jadi Mahal?

5 Sebab Kenapa Upah Bina Website Jadi Mahal?

Kos upah bina website menjadi mahal disebabkan beberapa faktor.  Rata – rata kos pembinaan web bermula dari RM 2000 ke atas. Ada juga pembina web yang menawarkan harga serendah RM 250 untuk sebuah pembinaan web. Walaupun begitu kebiasaannya terdapat banyak elemen yang bakal tidak dimasukkan ke dalam website tersebut. Jadi berhati hati dalam memilih syarikat atau individu yang bakal membina website anda.

upah bina website

Okay sekarang ni jom lihat 5 sebab kenapa kos upah bina website menjadi mahal:

  • Menempah website yang melebihi kriteria yang diperlukan – Maksudnya tak perlulah nak tempah website dengan spesifikasi yang paling tinggi sebab idola anda mempunyai website dengan spesifikasi begitu. Pastikan anda tempah website yang memenuhi kriteria keperluan bisnes atau kegunaan website tersebut buat anda.
  • Tak  buat due dillegence atau kajian terperinci dahulu – Lebih kurang macam point sebelum ini . Tetapi kali ini kebiasaannya pelanggan ini jenis sekadar nak ada website sebab orang lain ada. Jadi bila penyedia web tanya nak add on servis A, add on servis B, dia ok kan sahaja untuk semua.
  • Nak website unik dan tak boleh sama langsung dengan sesiapa – Untuk menempah custom theme ini kosnya boleh mencecah hingga RM 5 angka
  • Masa untuk detailing dan melengkapkan website adalah lama – Untuk yang tak ada pengalaman membina website sendiri pasti menjangkakan ianya satu proses sekadar pilih theme dan klik-klik sahaja. Walaupun dengan terdapatnya pelbagai content management system (CMS) yang memudahkan kerja pembinaan web, prosesnya tidaklah semudah yang disangka. Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan seperti penyelarasan tulisan, optimisasi gambar, penyelarasan warna, penyelerasan margin dan pelbagai lagi kerja-kerja remeh yang lain yang mengambil masa yang lama untuk disempurnakan 😉
  • Pelanggan tak boleh buat keputusan – Sentiasa tidak berpuas hati dengan hasil akhir yang diberikan dan suka revamp kandungan serta design konsep mereka. KEbiasannya penyedia servis bina web ini sudah mempunyai terma iaitu hanya beberapa kali sahaja web boleh direvise atau revamp. Jadi disebabkan pelanggan masih nak ubah, terpaksalah mereka dikenakan caj oleh penyedia servis.

BELAJAR BINA WEB SENDIRI? – KLIK SINI 

Cara nak kurangkan kos bina website:

  • Bina website sendiri 🙂
  • Sediakan semua maklumat mengenai website yang anda perlukan selengkapnya. Lebih lengkap lebih bagus. Maklumat yang sangat membantu adalah seperti tema, pilihan warna, content (gambar, copywriting), sediakan gambar yang sudah dioptimisasi.Lebih banyak maklumat yang anda sediakan, lebih cepat web anda disiapakan. Kurang masa, kos pun akan turun.
  • Upah individu berbanding syarikat besar. Tapi pastikan ada persetujuan dan bukti perbincangan seperti invois, emel dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

 

Point yang saya kongsikan ini tidak semestinya tepat dan sama dengan pengalaman setiap orang. Lain orang lain pengalamannya. Cuba kongsikan pandangan anda di ruangan komen 🙂

 

 

 

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart