Cara Buat Blog Sendiri – Panduan Lengkap Bina web dan Blog

Cara Buat Blog Sendiri – Panduan Lengkap Bina web dan Blog

Dalam tutorial ini, saya akan terangkan cara buat website dan cara buat blog sendiri menggunakan content management system (CMS) wordpress. 

Sekarang dah pertengahan tahun 2018, jadi memang rugi jika anda masih tidak ada blog atau website sendiri. Betapa banyak kelebihan bina website dan bina blog sendiri ni yang ramai orang baru terlepas. 

Kalau tak, tak adalah brand-brand besar turut mempunyai website untuk perniagaan dan blog perniagaan mereka sendiri. 

Website dan blog ini umpama kedai atau premis anda di online. Cumanya kalau di website dan blog ini, orang mencari dan bertanya terus pada blog dan website, 24 jam apabila mereka memerlukan sesuatu info/produk.

Kalau di kedai offline pula sudah tentu ada masa buka tutupnya. Kedai tutup – tiada pelanggan – tiada jualan. Noktah.

Kalau di online, terutamanya di google, pengguna mencari. Berbeza dengan offline, kebanyakan masa, penjual yang kena mencari pelanggan.

 

Blog Action Plan

Sebelum anda mula membina blog anda sendiri, anda perlulah draft atau tentukan blog action plan anda terlebih dahulu. Apabila anda rancang dari awal, blog anda akan jadi lebih tersusun, anda nak kemaskini blog anda pun jadi lebih mudah nanti.

Secara amnya anda perlu tentukan beberapa perkara asas sebelum anda mula membina blog.

  • Tentukan niche blog anda 
  • Rancang senarai kategori yang perlu ada di blog anda – boleh tambah atau kurangkan kemudian
  • Draft dahulu layout blog yang anda inginkan
  • Pilih theme yang sesuai untuk blog anda
  • Rancang kekerapan artikel yang ingin anda tulis dan post – setiap bulan berapa artikel?
  • Fungsi blog yang anda perlukan – kumpul database pelanggan, mudahkan pelanggan kongsi artikel anda dan sebagainya
  • Cara nak bawa trafik ke blog anda

Komponen asas bina blog sendiri

Secara ringkasnya, untuk bina blog sendiri anda perlukan 3 komponen asas berikut:

  • Domain –  nama blog anda – ianya ibarat alamat kedai anda di alam maya
  • Contoh domain – panduanwebjualan.com, panduan webjualan.net, 
  • Hosting – tempat simpanan data-data blog dan website anda – ianya ibarat tapak atau tanah untuk anda dirikan kedai anda. Tak ada tanah, tak boleh nak bina kedai
  • Konten atau kandungan –  Konten ini banyak ciri, tidak terikat kepada arikel penulisan semata-mata. Boleh jadi grafik (gambar) mahupun video atau gabungan salah satu atau kesemuanya sekali.
 

Anggaran harga untuk bina blog

Cara buat blog sendiri yang saya kongsikan ini adalah cara yang mudah, jadi kos belanjanya juga tidaklah sebesar mana bagi versi bajet

Anggaran harga bagi membina sebuah blog adalah seperti berikut

 

 

Versi Bajet

RM 115
  • Hosting - RM 100 (dari netkl)
  • Domain (percuma dari netkl)
  • ID protection - RM 15
  • Theme - guna theme percuma

Versi Sedang

RM 399
  • Hosting - RM 199 (dari bse network)
  • Domain - RM 50
  • ID protection (pecuma dari BSE network)
  • Theme - guna theme percuma
  • Page builder elementor pro - RM 150

Versi Power

RM 915
  • Hosting - RM 350 (dari netkl)
  • Domain - (percuma dari netkl)
  • ID protection - RM 15
  • Theme - themeforest - RM 240
  • Page builder elementor pro - RM 150
  • WP Rocket - Rm 160

* Nota kaki: Domain & hosting perlu diperbaharui langganan setiap tahun. Domain percuma dengan setiap langganan mana-mana pakej hostingdari netkl.

 

 

Untuk kos upah web developer pula adalah berbeza mengikut pakej, kandungan yang ditempah serta pengalaman web developer tersebut. Lagi berpengalaman lagi tinggilah harga yang bakal dikenakan.

 

Cara buat blog sendiri

Sekarang jom saya kongsikan cara buat blog sendiri. Saya akan tunjukkan cara buat blog sendiri menggunakan CMS wordpress.

Kenapa guna wordpress?

Lebih kurang 37,326,412 pengguna wordpress (self hosted) di seluruh dunia telah menggunakan wordpress untuk membina blog dan website mereka.

Cara buat blog sendiri yang bakal saya kongsikan memang straight forward. Tak perlu pun nak belajar tulis coding. malah kalau anda baru pertama kali nak belajar bina blog dan website sendiri pun tak menjadi masalah.

 

 

Daftar domain & hosting

Untuk tutorial ini, saya akan tunjukkan jalan mudah iaitu dengan membeli domain & hosting daripada penyedia perkhidmatan yang sama.

Jadi kurang satu kerja untuk setup dan menghubungkan domain yang dibeli dari penyedia A ke hosting yang dibeli dari penyedia B.

Untuk tutorial cara buat blog sendiri ini, saya akan gunakan netkl sebagai model. 

Walaupubagaimanapun untuk pembelian hosting, saya menyarankan 3 penyedia hosting ini. 

Dari segi support setakat ini memang saya paling puas hati dengan netkl. Di samping dapat domain percuma, supportnya dalah pantas dan sangat-sangat membantu. Dulu pernah guna beberapa hosting dari luar negara seperti go daddy dan bluehost, tetapi bila bab support biasanya asyik kena upsell upgrade pakej dan lambat untuk sesuatu masalah diselesaikan.

 

Langkah 1 – pergi ke link https://billing.netkl.com/

Untuk tutorial ini saya nak tunjukkan cara nak daftar hosting dengan pakej hosting beginner.

Klik butang hosting for beginners.

Langkah 2 – Untuk blog, sekurang-kurangnya anda perlu daftar pakej mygold X.

Klik butang order now

Langkah 3 – pilih domain anda.

Masukkan nama domain dan kemudian klik butang check.

Pastikan anda telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 cadangan nama domain bagi blog anda.

* nota kaki: untuk mendapatkan domain percuma dari netkl, pilih domain extension seperti yang disarankan oleh pihak netkl.

 

Langkah 4 – Jika domain anda sudah tak available, ulangi langkah 3 hingga berjumpa domain yang available.

Setelah itu klik butang continue.

Langkah 5 – semak pilihan pakej anda.

Seterusnya klik butang continue.

 

Langkah 6 – Tambah ID protection

ID protection ini bertujuan untuk elakkan maklumat seperti nama, emel, alamat dan no telefon anda diketahui umum.

Semua maklumat and aini bakal disembunyikan. Kalau tak ambil maksudnya sesiapa sahaja boleh tahu maklumat  tersebut.

Dah selesai klik butang update cart.

Langkah 7 – checkout

Setelah semak dan pastikan pilihan pakej hosting dan nama domain anda tepat, klik butang checkout

 

Langkah 8 – lengkapkan tempahan

Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

Pilih cara bayaran – bank transfer, paypal, Billplz.

Untuk pengaktifan segera, saya cadangkan guna paypal atau billplz (ada tambahan caj untuk perkhidmatan).

Dah selesai, tunggu sahaja emel dari pihak netkl untuk maklumat pengaktifan domain & akses ke cpanel hosting anda.

Cara Install Website WordPress

Baiklah sekarang saya nak kongsikan pula cara nak install website wordpress anda. Sekarang dah lebih mudah untuk bina website dan blog sendiri. Tambahan pula menggunakan CMS wordpress, kebanyakannya hanya perlu drag & drop. Guideline ringkas pun disediakan sewaktu proses nak install. Memang mudah sangat kerja anda.

 

Langkah 1 – Semak emel anda (emel yang anda daftar sewaktu proses tempahan di netkl sebelum ini)

Langkah 2 – Buka emel yang mengandungi maklumat cpanel akaun hosting anda. Klik pada url cpanel anda.

Masukkan username & password seperti yang diberikan di dalam emel tersebut.

Langkah 3 – Di paparan cpanel anda, skrol hingga jumpa menu softaculous apss installer. Klik pada ikon wordpress.

Langkah 4 – Install web wordpress anda.

Mula-mula klik butang install now.

Di bahagian software setup:

choose protocol – pilih https://

Choose domain: pilih domain yang anda daftar sebelum ini

in directory: kosongkan bahagian ini

Di bahagian site setting:

site name: nama blog anda – contoh: Resepi Mak Jemah

site description: penerangan mengenai blog anda – contoh: Kloeksi resepi masakan kegemaran masyarakat Malaysia

Admin account:

admin username: Masukkan username untuk log masuk ke akaun wordpress anda (apa-apa nama pun boleh. Pastikan tak gunakan admin dan nama  blog)

password: cipta pasword yang kuat

admin email: masukkan emel anda yang sah dan selalu anda gunakan (mudah untuk retrieve password sekiranya anda lupa password)

*nota kaki: pastikan anda catat username dan password untuk masuk ke dashboard wordpress anda. Simpan di notepad di desktop atau laptop anda pun sudah mencukupi.

Langkah 5 – Klik butang instal dan tunggu proses installation web wordpress anda selesai.

 

Tahniah! Web & blog wordpress anda sudah berjaya install dengan jayanya.

Untuk akses ke wordpress dashboard anda, hanya perlu ke link berikut:

https;//namadomainanda.com/wp-admin – contoh: https://minisitecomel.com/wp-admin

Masukkan username dan password yang anda tetapkan sebelum ini

 

Cara Install SSL certificate

SSL ini ialah secure socket layer.  SSL berfungsi melindungi pemindahan data secara sambungan selamat daripada server ke browser internet sewaktu pengguna melayari website/blog anda.

Senang cerita SSL ni bantu lindungi pemindahan data supaya orang lain tak nampak.

Contoh web atau blog yang ada SSL ni, dia ada perkataan secure dekat depan kalau browse guna browser, Akan dimulakan dengan https bukan http macam kebanyakan blog dan web yang lain

 

Langkah 1 – pergi ke cpanel dahsborad dan skrol hingga anda jumpa menu security.

Klik pada ikon SSl/TLS

Langkah 2 – Klik manage SSL sites

Langkah 3 – pilih domainblog anda.

Langkah 4 – Klik install certificate. Selesai, senang je kan?

Tak semua penyedia hosting menyediakan khidmat SSL secara percuma. Caj yang dikenakan bergantung kepada penyedia hosting tersebut. 

*nota kaki: jika anda sudah selesai install SSL, namun tak semua konten blog/website anda ada SSL, disarankan untuk anda install plugin really simple SSL.

Berikut merupakan salah satu contoh paparan blog yang sudah dilengkapi dengan SSL.

Cara untuk tukar theme blog wordpress anda

Melalui fungsi theme, anda boleh menukar paparan theme anda, Terdapat pelbagai theme percuma dan berbayar yang terdapat di pasaran. Anda hanya perlu pilih dan tentukan berdasarkan draft idea anda sebelum ini dan juga objektif blog anda.

Langkah 1 – pergi ke wp dashboard anda.

Cari menu appearance dan kemudian klik themes.

Klik butang add new

Langkah 2 – Taipkan nama theme yang ingin anda install di bahagian carian.

Untuk tutorial ini saya menggunakan theme nisarg yang memang sesuai dengan blog.

*nota kaki: untuk theme berbayar, anda perlu klik upload theme dan upload theme dari folder yang anda simpan theme tersebut.

Langkah 3 – klik install & activate theme.

Anda perlu lalukan kursor tetikus atas gambar theme tersebut terlebih dahulu untuk munculkan butang install

Setelah selesai install & aktifkan theme baharu, anda perlu customize theme tersebut bagi sesuaikan dengan idea blog anda sebelum ini.

Untuk customize,, pergi ke wp dashboard.

Klik appearance dan klik customize.

Anda boleh customize satu persatu berdasarkan kesesuaian.

Warna, gambar latarbelakang semuanya boleh diubah melalui menu customize ini.

Cara Setup SEO Asas Untuk Blog WordPress

Kenapa perlu setup dari awal? Lagipun kan ada khidmat iklan berbayar untuk menarik trafik?

Begini, fahaman saya mudah. SEO ini merupakan satu habit yang perlu dibiasakan. Ianya datang dalam pelbagai faktor, bukan setakat carian dan penggunaan kata kunci.

Dalam penulisan artikel dan perletakan grafik dalam blog pun ada habit SEO yang boleh kita amalkan dari awal. Kalau nak tunggu dah mahir baru nak buat, mungkin sampai ke sudah pun kita tak buat.

Dan satu lagi memang ada pengiklanan berbayar, nanti dikatakan tunggu dapat untung baru nak beriklan. Jadi usah bertangguh. Kita mulakan dari awal dengan apa yang ada.

 

Saya kan tunjukkan setting teknikal untuk setup blog yang lebih mesra dengan enjin carian google. Tapi jangan salah faham pula nanti bila dah buat ni, setiap kali artikel anda akan jadi no 1 di enjin carian.

Setup permalink

Pergi ke wp dashboard, klik setting dan klik permalinks.

Pilih post name.

Install & setup plugin yoast SEO

Langkah 1 – pergi ke wp dashboard anda.

Skrol ke menu dan pilih plugin dan klik add new.

Di bahagian carian, taippkan yoast SEO

Install & activate plugin yoast SEO

Langkah 2 – Skrol ke bawah sehingga jumpa plugin yoast SEO.

Klik setting.

Klik butang open the configuration wizard

Langkah 3 – pilih configure yoast SEO in few steps.

Klik butang configure yoast SEO.

Langkah 4 – pilih option A.

Klik butang next.

Langkah 5 – pilih blog untuk site type.

Klik butang next

Langkah 6 – pilih company or person.

Klik butang next

Langkah 7 – masukka nurl social media yang berkenaan.

Klik butang next

Langkah 8 – set post type visibility.

Tick seperti dalam gambar

Langkah 9 – tentukan bilangan author.

Pilih yang berkenaan.

Langkah 10 – dapatkan google authorization code.

Klik get google authorization code.

Pilih akaun google anda

Klik allow.

Copy code yang diberikan.

Paste pada google search console.

Klik authenticate dan klik butang next.

Langkah 11 – Masukkan nama blog anda.

Klik butang next.

Masukkan emel untuk menerima updates dari pihak yoast SEO.

Klik butang next.

Langkah 12 – disarankan untuk tonton video tutorial dari pihak yoast SEo.

Klik butang next.

Klik butang close.

Langkah 13 = pergi ke wp dashboard.

SEO – general – features.

Enabled semua pilihan.

Klik save changes.

 

Langkah 14 = pergi ke wp dashboard.

SEO – general – webmaster tools.

Klik google search console.

Pilih alternate method.

Tick html tag.

Copy kod.

Paste semula di google verification code.

Klik save changes.

Kembali ke webmaser central dan klik verify.

Tahniah! Anda sudah berjaya setup dan configure setting asas SEO di blog anda.

Cara Tulis & Post Artikel di Blog Anda

Selain belajar cara buat blog sendiri, anda juga perlu mahirkan diri untuk menulis artikel di blog sendiri. 

Macam saya beritahu sebelum ini, menulis ini juga satu seni. Sesiapa sahaja boleh menulis, tetapi susah untuk menulis berpandukan apa yang google suka dan apa yang orang ramai suka dan akan cari di internet.

Kalau tadi dah install tools yang bakal bantu mudahkan kerja-kerja SEO blog anda,, sekarang anda kena jadikan tabiat untuk menulis artikel yang mesra SEO. Mulakan dari sekarang. Lagi awal lagi senang kerana anda sudah terbiasa.

Tips menulis artikel di blog:

  • Tulis 1001 patah perkataan minimum
  • Bina artikel berdasarkan konsep 4 wives 1 husband – where, when, what, who & how – contoh: Panduan lengkap cara buat blog sendiri, Kenapa anda perlu belajar cara buat blog sendiri? 5 cara buat blog sendiri dengan pantas 
  • Kaitkan dengan trend atau isu semasa

Pernah dengar kuba guling? Kuih viral masa bulan puasa 2018 ni. Sekejap sahaja penuh artikel berkaitan kuba guling ni ditulis blogger.

cara buat blog sendiri

Langkah 1 – tambah kategori.

Wp dashboard – categories – add new categories.

Masukkan nama kategori.

Klik butang add new category.

Ulangi langkah ini hingga anda selesai tambah semua kategori blog yang anda telah rancang sebelum ini.

 

Langkah 2 – bina post

Wp dahsboard – post – add new.

Anda akan dibawa ke paparan bagi menulis artikel anda.

Atur caranya tidak banyak bezanya dengan words. Lalukan kursor tetikus ke atas toolbar untuk lihat fungsi toolbar tersebut.

Masukkan tajuk dan mula tulis artikel anda.

Langkah 3 – masukkan fail media ke dalam artikel.

Artikel blog anda tak semestinya hanya tulisan. Untuk menambah gambar atau video, hanya perlu klik fungsi add media.

Untuk upload gambar anda boleh drag dari folder komputer anda atau upload melalui wordpress.

Untuk upload video pula, anda boleh masukkan link youtube atau vimeo.

*nota kaki: pastikan artikel tulisan dan media anda adalah bukan item yang diciplak dan tidak mempunyai isu copyright.

Langkah 4 – pilih kategori artikel anda.

Tick kategori yang sesuai dengan artikel anda pada ruangan sidebar sebelah kanan dashboard wordpress post anda.

Langkah 5 – set featured image.

Tambah featured image artikel anda. Rujuk langkah 3 untuk tambah gambar,

Langkah 6 – tulis artikel mesra SEO berdasarkan cadangan yoast SEO.

Pastikan anda menulis artikel berpandukan saranan dan cadangan dari yoast SEO.

Jika boleh pastikan semua cadangan sudah diikuti.

Setelah selesai semak semua ejaan dan susunan gambar.

Bagi setiap perenggan, jika boleh hadkan kepada 4 atau 5 baris sahaja supaya mudah pelawat blog anda membaca artikel penulisan anda.

Setelah anda yakin tiada lagi kesalahan ejaan dan berpuas hati dengan artikel anda, sila klik butang publish.

Anda juga boleh submit post anda di: https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url bagi membantu artikel anda untuk ranking di google.

Jangan lupa untuk lakukan perkara ini setiap kali anda selesai publish artikel post anda.

Customize thumbnail dan description artikel anda untuk dikongsikan di facebook.

Skrol hingga ke bahagian bawah artikel.

Klik ikon sharing.

Masukkan semua maklumat yang diperlukan.

Ini adalah salah satu contoh paparan thumbnail dan description yang dikongsikan di media facebook.

Setelah selesai menulis blog, jangan lupa untuk kongsikan link artikel anda di FB fanpage anda, di FB wall anda dan lain-lain medium pemasaran ataupun saluran media sosial anda.

Anda juga boleh melakukan pemasaran berbayar seperti FB ads dan google ads untuk menarik lebih banyak pelawat membaca artikel anda. Sasarkan pada artikel penting blog anda.

 

Kesimpulan tutorial cara buat blog sendiri

Proses membuat blog dengan domain sendiri sekarang jauh lebih mudah berbanding dahulu. 

Anda tidak perlu mahir programming dan pandai menulis coding untuk membuat website dan blog sendiri.

Anda juga sudah berjaya berjimat sebanyak RM 350 (kos minima membina blog yang saya jumpa di internet) untuk membina blog anda sendiri selepas ini.

Saya harap anda dapat aplikasikan apa yang say akongsikan di dalam tutorial cara buat blog sendiri ini selepas ini dan saya doakan anda boleh membina blog anda sendiri.

Blog & website ini adalah aset digital.

Jika anda menjaga dan manipulasi  ia dengan betul, tak mustahil blog dan website anda ini bakal menjadi sumber pendapatan konsisten anda di internet.

Adakah anda berminat nak ikuti tutorial berkaitan website dan blog wordpress yang lain?

Jika ya bantu saya untuk beritahu tutorial apa yang anda minati dan perlukan.

 

P.s:  Bantu saya sebarkan artikel ini ya. Biar lebih ramai kawan-kawan yang lain dapat manfaat. Tolong tekan butang share di bawah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Nak belajar bina web & blog wordpress secara online dan dapat support dan bantuan yang berterusan?


Jom sertai group online ekslusif belajar bina blog dan pelbagai jenis web wordpress sekarang

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart